IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 19 Januari 2010

TANGGAPAN TENTANG AMALAN

BISMILLAHHIRROHMANIRROHHIM

Sayyidina Umar al Khatab penah menampar muka seorang sahabat kerana menyampaikan sabda Rasulullah SAW yang didengarnya sewaktu menghadiri majlis berwasiat dirumah Arqam bin Abi Arqam. Sabda Nabi tersebut ialah “Ketahuilah oleh mu wahai para sahabat, barangsiapa yang mengucapkan kalimah ‘Lailahaillallah’ maka mereka akan masuk syurga”


Sahabat berkenaan bersama Umar telah menemui Rasulullah bagi mendapatkan penyelesaian perkara tersebut. Sayyidina Umar menjawab apabila ditanyai oleh Rasulullah “Maafkan saya ya Rasulullah, bagaimana saya tidak marah dan menampar mukanya kerana saya bimbang nanti umat mu di akhir zaman akan hanya mengucapkan Laa ilaha illallah semata-mata, kemudian mereka sudah rasa layak untuk masuk syurga, tanpa berjihad, tanpa berusaha dan tanpa beramal untuk memenuhi tuntutan kalimah syahadah itu".


Rasulullah tersenyum dan sahabat berkenaan menyedari akan kesilapan dirinya sendiri berhubung perkara itu. Perhatikan sepotong hadith berikut, sabda Nabi SAW dari Abu Hurairah RA “Allah mempunyai 99 nama. Siapa menghafalnya masuk syurga, dan sesungguhnya Allah Maha Tunggal, mencintai ketunggalannya” (Sahih Imam Muslim). Oleh yang sedemikian, sesungguhnya janganlah sekadar menjadikan perkara2 seumpama itu sekadar hafalan lisan dan dilagu2kan sudah ngaku2 Islam. Bukanlah begitu tandanya seseorang itu sudah Islam disisi Allah SWT dan mudah untuk memasuki syurgaNya. Kesilapan itu tetap satu kesalahan dan marilah diperbetulkan. Menyatakan apa yang dikatakan adalah tuntutan sebenar dari kalam2 tersebut. Perbuatkan apa yang diperkatakan.


Begitu juga adakah benar dan wajar untuk menjadi Islam disisi Tuhan dengan cukup sekadar menggantungkan nukilan2 dari ayat2 al Quran dirumah mahu pun dipejabat, maka terbukti seseorang itu telah Islam dan sudah begitu Islamik kehidupannya? Lebih dahsyat lagi sesetengah mereka kononnya berbuat begitu bagi tujuan menghalau hantu syaitan dan pula kalau ayat (disebut?) 1000 Dinar kononnya untuk mendapatkan limpahan kekayaan mahu pun untuk beroleh keuntungan berlipat ganda didalam perniagaan. Tanyalah dan jawablah sendiri, adakah kalimah2 Tuhan yang digantung didinding itu dibaca setiap kali terpandang? Barangkali mungkin ianya hanya sebagai hiasan bilik semata! Sudah sekian lama tergantung, sudah berapa kali membacanya atau sudah lupa yang ianya tergantung disitu! Kesilapan itu tetap satu kesalahan dan marilah diperbetulkan. Menyatakan apa yang dikatakan adalah tuntutan sebenar dari kalam2 tersebut. Perbuatkan apa yang diperkatakan.


Pun begitulah juga dengan bacaan dan melagukan selawat keatas Nabi, memadaikah sekadar berselawat dan memuji Nabi lebih2 lagi ‘birthday’ baginda? Begitukah menunjukkan kasih dan sayang kepada Nabi selain pada tarikh tersebut sebenarnya adalah cuti umum untuk berhibur? ngaku2 sebagai pengikut Nabi atau ummat Nabi dengan hanya berselawat namun tidak mempraktikkan apa yang dikatakan. Nabi yang dipuji dan dipuja sebagai bulan purnama cantiknya budi pekerti dan akhlak, membawa petunjuk dari Allah SWT, sudah sejauh manakah baginda dijadikan role model didalam kehidupan. Sebagai ummat Nabi sewajarnyalah berbuat dan melakukan seperti Nabi itu dari segala segi dalam aspek kehidupan. Dua sunnah yang diwasiatkan iaitu Sunnaltullah (al Quran) dan Hadith Rasulullah SAW hendaklah dijadikan landasan didalam kehidupan. Menyatakan apa yang dikatakan adalah tuntutan sebenar dari kalam2 tersebut. Perbuatkan apa yang diperkatakan.


Sesungguhnya amalan dan ibadat itu bukanlah dengan hanya menghafal serta sekadar mengatakan dengan ucapan lisan semata. Menghafal adalah cuma menyebut berulang2 kali. Apabila disebut amal sholeh sudah tentulah mengimaninya didalam hati terhadap Allah SWT; itulah dzikir, menyebutnya dengan lidah atas kerana perintahNya; itulah ikrar dan dilakukan secara fizikal dan aktual; itulah fi sabillah sekali gus pun adalah atas tuntutanNya juga. Sebaliknya juga adalah sedemikian, jika hanya melakukan perkara baik itu jika tidak dengan atas dasar mengimaninya kerana Allah hanyalah bersangka2 baik dan elok perkara itu dilakukan namun sebenarnya adalah sia2 adanya disisi Tuhan. Muhasabahlah diri dengan segala apa2 yang telah dilalui didalam kehidupan ini, mahu pun untuk dimasa2 akan datang. Apabila sudah datang perkhabaran dan peringatan dengan dibacakan kalam2 Allah bersama dengan keterangan2nya, maka sahut dan sambutlah dengan tanpa ragu2, janganlah menjadi penghalang dan penentang. Allah mengecap mereka2 yang memperdebat dan mempertikaikan ayat2Nya adalah fasik dan kafir disisiNya.


“Orang2 kafir didihalau kedalam neraka bergerombolan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu2 dibukakan dan malaikat penjaga bertanya : Apakah belum pernah datang kepada mu Rasul2 dari kalangan kamu yang membacakan ayat2 Tuhan mu dan memperingatkan akan pertemuan hari ini? Mereka menjawab : Ada!. Tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang2 kafir itu” QS az-Zumar 39:71.


Sekian untuk kali ini, sebagai perkhabaran gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar. Fazakkir innama anta muzakkir. Wassalam.


***###***


(Inilah) Kitab yang Kami turunkan kepada engkau lagi diberkati, supaya mereka memperhatikan ayat2nya dan supaya mendapat peringatan orang2 yang beraqal” QS Shaad 38:29


“Orng2 yang kami turunkan Kitab kepada mereka, mereka membacanya dengan sebenar2nya membaca, merekja itu beriman kepada Kitab itu; dan siapa yang engkar akan dia, mereka itu adalah merugi” alBaqarah 2:121


Ahad, 17 Januari 2010

SIAPAKAH ITU DAJJAL??

BISMILLAHIRROHMANIRROHHIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dajjal nama yang sudah sering kita dengar ini sebenarnya memakai gelar yang sama dengan gelar Isa putra Mariam yaitu ‘al Masih’, bezanya Isa putra Maryam memakai gelar itu dibelakang namanya iaitu Isa al Masih, sedangkan Dajjal memakai gelar itu didepan namanya iaitu al Masih addajjal .

al Masih secara bahasa bererti ‘penghapus’, jika Isa putra Maryam yang memakai gelar ini maka wajarlah Baginda disebut Sipenghapus Dosa. Kemudian Dajjal secara bahasa satu kata ini berarti “Pembohong“, jadi jika Dajjal yang menyandang gelar al Masih tersebut maka makna kata berubah menjadi sipenghapus dosa yang berbohong atau sipenghapus dosa tiruan dan palsu . Setiap yang palsu sudah pasti sesuatu yang tidak berkualiti dan akan mendatangkan kerugian akhirnya.

Sekarang sudah jelas dengan apa yang dimaksud para Ulama ketika mereka mengatakan bahwah Dajjal memiliki sifat dan akhlak yang rendah . Didalam forum dan ceramah agama malahan kelas pelajaran agama oleh ustaz2 pasti mengatakan kalau ciri2 yang paling menonjol dari Dajjal ialah matanya yang cuma ada satu . Seringkali disebut bahwasanya ‘al Masih addajal bermata satu’.

Kalau melihat dari sebuah Hadist yang diambil dari H.R. at Tirmidzi \ 2336, disitu mengatakan demikian :-

“al Masih addajal memiliki mata yang picik dan Tuhan mu tidaklah picik” Fahaman yang ditanamkan selama ini sungguh sangat selaras dengan Hadist diatas, ini hanya sebuah perumpamaan yang mengajak berfikir cerdas bahawa yang dimaksudkan dengan bermata satu atau mata yang picik hanyalah satu cara pandang atau menilai sesuatu dengan sebelah mata saja atau dengan kata lain berbentuk penilaian atau menilai sesuatu dengan berpandangan hanya dari satu sisi saja, memberikan pendapat atau hujjah sempit dan dangkal atas dasar ada muslihat dan tipu daya, sedangkan Allah SWT menyuruh agar bersikap terbuka dengan bijaksana dan Allah sememang Maha Bijaksana, itulah pengertian dari kalimat lanjutan Hadist diatas ‘dan tidaklah Tuhan mu itu picik”.

Demikian cara seorang Dajjal memandang, jika menilai kepada sesuatu kebaikan maka selalu tidak akan pernah melihat bahawa didalam sesuatu kebaikan itu ternyata terdapat keburukan dan sebaliknya jika memandang sesuatu keburukan tidak juga mahu memikirkan bahawa ternyata didalamnya terdapat sesuatu yang buruk.

Dimaklumkan bahawa Dajjal akan datang kepada manusia dengan menyajikan dua tawaran iaitu Surga dan Neraka dengan mengatakan Surga itu ada ditangan kanannya dan Neraka itu ada ditangan kirinya namun perkara sebenarnya adalah sebaliknya iaitu ditangan kanannya itulah Neraka tersebut dan ditangan kirinya itulah Surga. Berlakulah muslihat dan tipu daya semata darinya untuk menipu manusia.

Kalau disemak dengan teliti, ini merupakan suatu kegiatan yang memutar belitkan fakta, yang akan menipu dan menjerumuskan seseorang kedalam kebinasaan, kerana sesuatu yang menggunakan kata sebelah ‘kanan’ sudah sangat tertanam oleh manusia bahawa ini digunakan hanya untuk menyatakan makna yang baik2 sahaja dan kata sebelah ‘kiri’ digunakan hanya untuk menyatakan makna yang buruk, lalu disini ternyata didapati kalau tangan kanan Dajjal yang diakuinya bahwa didalamnya terdapat Surga ternyata Neraka dan ditangan kirinya dia katakan ada Neraka ternyata Surga, ini bererti Dajjal sedang berusaha membohongi manusia dengan menyajikan kebaikan atau sesuatu yang nilainya baik padahal ternyata itulah yang buruk, dan sebaliknya Dajjal akan berusaha menunjukkan yang dianggap buruk padahal itulah yang ternyata baik, jadi pantaslah jika Dajjal didalam satu Hadist disimbolkan dengan rambutnya yang kerinting, yang bermaksud Dajjal sangat pintar memutar belitkan fakta, hal yang semacam ini sungguh pernah terjadi sebelumnya dan Allah garapkan didalam al Quran dimana Nabi Musa AS ditentang oleh Firaun :-

Hai kaum ku, untuk kamulah kerajaan pada hari ini dengan berkuasa di muka bumi. Siapakah yang akan menolong kita dari azab Allah jika azab itu menimpa kita? Fir’aun berkata: Aku tidak mengemukakan kepada mu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar.”

Bukan hanya dengan memutar belitkan fakta, Dajjal juga akan datang dengan banyak fitnah yang akan ditebarkannya kepada manusia, agar yang menerima fitnah tersebut nantinya dapat memusuhi Imam (Pemimpin) yang didatangkan, begitulah cara Dajjal mengumpulkan pasukan elitnya, yang mana pasukan2 tersebut nantinya akan sangat mudah mengatakan sesat kepada segolongan manusia tapi mereka tidak punya kemampuan untuk memberikan pentunjuk kepada yang mereka katakan atau tuduhkan sesat tadi, supaya yang tersesat tadi tidak lagi tersesat, begitulah Dajjal mendidik pasukannya menjadi manusia2 yang tidak bertanggung jawab atas apa yang telah dikatakan dan dipertuduhkan kepada segolongan ummat mahu pun individu tersebut.

Ketikanya itu didatangkan oleh Allah SWT Imam yakni Pemimpin untuk menjalankan tugas yang telah Allah damanahkan kepadanya iaitu menegakkan kebenaran dimuka bumi dan menyatukan umat yang selama ini telah teserak dan bercerai berai agar kembali bersatu kedalam kalimat yang satu bahwa ‘tidak ada tuhan melainkan Allah’:

“Katakanlah: Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

Tetapi Dajjal selalu menentang Pemimpin yang datang dengan mengatakan ‘tidak ada lagi orang seperti Muhammad’, samalah dengan sejarah dahulu bahawa ini adalah perkataan orang yang engkar (kafir) yang terdahulu, seperti yang diwahyukan Allah SWT didalam Kitab Suci al Quran :-

“Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepada mu dengan membawa keterangan2, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: Allah tidak akan mengirim seorang (Rasulpun) sesudahnya. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu”
Beginilah perangai Dajjal beserta pasukan elitnya, ketika dizaman Nabi Muhammad SAW mereka mengatakan tidak ada lagi orang seperti Nabi Isa AS dan ketika dizaman Nabi Isa AS mereka juga mengatakan tidak ada lagi orang seperti NabiMusa AS.
Bukan itu saja, Dajjal juga sangat ahli dan berani mempelesetkan dan menyembunyikan ayat-ayat yang terdapat didalam Kitab Suci al Quran, kerana Dajjal memang adalah tokoh yang ahli dalam segala kitab (Umul kitab), ini dilakukannya hanya untuk menghasut agar manusia tidak mahu mengikuti Pemimpin, sebab sedari duhulu Dajjal sudah menanamkan bibit bahawa jika sujud (patuh) pada manusia kita akan menjadi syirik, oleh itu harus kepada Allah saja, pada hal ini adalah ucapan iblis (pembangkang) yang ketika diperintahkan Allah kepadanya untuk sujud kepada manusia iaitu Adam AS, dia menolak dan menyombongkan diri, seperti yang tertulis didalam al Quran.
“Berkata Iblis: Aku sekali2 tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Inilah Dajjal disamping dia adalah ahli kitab, dia juga adalah yang taat beramal dan beribadah kerana dengan beginilah Dajjal menyembunyikan wujud aslinya, itulah benteng Dajjal yang sangat kukuh yang dibangunnya sejak lama, agar demikian dia dapat memperdayakan manusia dimuka bumi yang tujuannya hanya untuk memerangi, memusuhi dan mempersulitkan urusan Pemimpin yang datang dengan membawa petunjuk dari Tuhan iaitu al Quran nulKareem.
Bukti nyata atau bukti otentik petunjuk yang dibawa oleh Pemimpin adalah Kitab al Quran, kerana beliau selalu akan mengumandangkan, menerangkan serta menjelaskan ayat2 yang terkandung didalamnya, dan al Quran itu sendiripun menceritakan akan datangnya seseorang yang mampu untuk menerangkan dengan jelas tentang2 Allah dan kalam2Nya :-
Kami tidak mengutus seorang Rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
Tetapi Dajjal akan selalu membantah dengan mengatakan “Jibril tidak pernah lagi menurunkan Wahyu“, padahal kalau kita mahu berfikir jernih bahawa al Quran adalah Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan diwasiatkan oleh Baginda untuk manusia, jadi ertinya ayat2 yang terdapat didalam al Quran yang akan dijelaskan dengan terang oleh Pemimpin seluruhnya itu adalah Wahyu Wahyu dari Tuhan. Tidak ada sebarang penambahan mahu pun dikurangkan sedikit pun huruf, baris, bunyi dan titik2nya!
Begitulah Dajjal yang selalu menentang kepada orang yang akan menegakkan kebenaran, kegiatan dajjal ini sedari duhulu hingga sampai sekarang dia berusaha untuk mengingkari ketetapan yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Dengan demikian ini, sudah dapatlah dikenal pasti biodata tokoh seorang Dajjal yang menjadi penentang dan penghalang kepada Pemimpin dalam mejalankan perintah Allah yang telah diamanahkanNya kepada beliau.
“Wahai orang2 yang beriman, taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan Pemimpin dikalangan kamu. Jika terdapat perbalahan diantara kamu tentang sesuatu (perkara), hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik2 jalan”
Oleh itu melalui KHALIFAHhimpass ini, seruan dan ajakkan kepada keseluruhan manusia agar kembalilah kepada Allah dan RasulNya pasti berterusan. Untuk itu marilah sahut seruan kepada Pemimpin yang hanya membacakan al Quran dan keterangan2Nya sebagai petunjuk kepada manusia untuk kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Marilah kita semua bersatu!!!
KHALIFAHhimpass : ‘Pemberi Perkhabaran Gemibra Kepada Yang Beriman dan Satu Peringatan Kepada Yang Engkar’
WASSALAM

Selasa, 12 Januari 2010

"APABILA MENGATAKAN MAKA NYATAKANLAH"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Semua Rasul diutus oleh Allah SWT dimuka bumi ini bertujuan mengajak kepada persatuan dan penyatuan diatas landasan kebenaran kalam2 Tuhan. Ajakan dan seruan ini tidak dikelas2kan dengan memandang golongan atau puak namun kepada keseluruhan manusia dimuka bumi ini. Persatuan kepada persamaan kepada Tuhan yang satu tidaklah boleh mengikut rasa, fikiran dan ilmu semata kerana seperti rasa kamu adalah milik kamu sendiri, sewajarnya tentulah rasa, fikiran dan ilmu itu dilandaskan serta berpandukan kalam2 Tuhan disetiap segi dan aspek kehidupan. Oleh itu satu seruan, satu ajakan yakni hanya kepada kepada Allah melalui al Quran nulKareem.


Sebagai insan yang telah lama ngaku2 menjadi Muslim, bukan sekadar sudah berbelas tahun, malahan puluhan tahun, barangkali enam puluh tahun dan tentu sahaja ada yang telah semakin senja, berada diusia subsidi dimana hanya menunggu kedatangan malaikalmaut bagi mencabut nyawa untuk kembali menemui Allah SWT, ketahuilah kini masanya sudah sampai untuk semua yang ngaku2 sebagai orang Islam berbuat sesuatu perkara yang tepat iaitu tidak lain dan tidak bukan kembali kepada Islam Kaffah. “Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam kaffah (keseluruhannya), dan janganlah kamu turuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” QS al Baqarah 2:208. Ini bertujuan bukan sahaja untuk menyelamatkan diri dari terus berada didalam gelumang dosa yang akan menerima siksa yang sangat pedih dari Allah diakhirat kelak, tetapi adalah juga untuk menyelamatkan genarasi Islam dimasa2 akan datang dari menjadi sama seperti sekarang malahan mungkin akan lebih teruk lagi dari itu. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan Islam yang sebenarnya diwariskan kepada mereka, bukan lagi sekadar ikut2an dan celup2an, dengan mudah ngaku2 sebagai orang Islam. Kembalilah kepada tuntutan Allah SWT melalui kalam2Nya yakni al Quran nulKareem, seterusnya mengajarkan kepada genarasi muda agar tidak terpesung jauh dari keadaan sewajarnya. Lihatlah kepada gelagat dan gejala pemuda dan pemudi hari ini yang jelas tidak terbimbing kearah Islam lantaran tidak diberikan contoh dan teladan yang sebaiknya untuk diikuti.


Islam itu ialah pada orangnya, baharulah menjadi masyarakat dan seterusnya negara dan dunia. Islam bukan terletak pada nama dan panggilan semata. Islamkah seseorang itu jika bernama siMuhammad bin Abdullah jika perilaku tidak senonoh pda pandangan mata dan bila tutur katanya tidak enak bagi halwa telinga. Bagaimana pula jika siMuhammad itu berbuat kerja yang langsung tidak berkeperibadian laksana seorang Muslim? Begitulah juga, apakah keIslaman seseorang boleh diukur hanya dari gaya pemakaian, stail percakapan dan dari asal keturunan keluarganya? Sebagai contoh jika orang itu Melayu maka dengan sendirinya sudah Islamlah dia!?


Sesungguhnya Islam itu terletak kepada manusia2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah WST sahaja. Hanyalah Allah yang Maha Mengetahui kedudukan seseorang itu, namun tidaklah manusia itu dibiarkan didalam kebodohan dan kesombongan tanpa panduan dan petunjuk dariNya, maka dengan itulah diturunkan Allah al Quran kepada Rasulullah SAW sebagai perlembagaan untuk kehidupan didunia ini. Malahan Rasulullah SAW sendiri telah mencontohkan segala tuntutan perintah samada suruhanNya mahu pun laranganNya untuk diikuti manusia keseluruhannya. Ringkasan dari Sabda Nabi Muhammad SAW, Baginda adalah Rasulullah terakhir menerima wahyu Tuhan tetapi selepas kewafatan akan ada pengganti yang akan meneruskan risalah Tuhan, mereka disebut sebagai Pewaris Nabi (Wairsatul Anbiya’a). Kesinambungan bagi mempastikan manusia disebut selaku ummat Nabi terus ujud selamanya.. Jika tidak ada kesinambungan tersebut maka ummat Nabi telah tiada lagi! Ummat Nabi adalah yang hanya menjadikan sunnah Allah dan Rasul sebagai landasan dalam apa juga perkara didalam kehidupan.


Oleh sebab itu Pewaris Nabi akan selalu menyeru dan mengajak manusia selagi manusia itu tidak kembali kepada al Quran nulKareem maka agar tidak berterusan berada didalam kesesatan yang nyata. Sesiapa yang masih berani memperdebatkan ayat2 Tuhan, maka kafirlah mereka itu. Begitu Allah memberikan amaran, maka itulah yang diperkatakan sekarang, inilah khabar gembia kepada yang beriman (percaya) dan sebagai satu peringatan kepada yang engkar. “Tidak ada yang memperdebatkan ayat2 Allah, kecuali orang2 yang kafir, kerana itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota kekota yang lain memperdayakan kamu” QS al Mu’min 40:4. Kononnya mudah menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nankir ‘Siapakan Imam (pemimpin) kamu” dengan menjawab “Pemimpin ku ialah al Quran”, sedangkan tidak pernah membacanya, kalaupun dibaca tidak difahami maksudnya, jika pun faham tidak pula diimani untuk dilaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah yang telah difirmankan itu. Kalau diguna pakai pun diambil sebahagian sahaja yang mana mendatangkan faedah baginya. Lebih dahsyat lagi apabila dibacakan al Quran dan keterangan2nya lalu dihalang dan perangi pula orang2 yang membacakan itu. Allah juga menggarapkan mereka yang seumpama itu adalah orang yang fasik. “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberpa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang2 fasik” QS al Baqarah 2:99


“Iman itu percaya kepada Allah, sesudah percaya maka Islamlah dengan kalimah persaksian lalu datanglah Ihsan yakni membesarkan Allah seolah2 dikau melihatNya, sekali pun dikau tidak melihatNya; sesungguhnya Dia melihat mu” Ringkasan dari Hadith Nabi SAW ini menjelaskan bahawa ianya memerlukan kepada perakuan kata hati, lidah (lisan) dan perbuatan anggota sekali gus. Sekadar berdzikir ‘Allah hu Akbar’ sepanjang hari dengan jumlahnya mungkin beratus juta kali tanpa kerja buat yang menyatakan Allah itu Maha Besar adalah belum dapat membuktikan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Dengan sekadar selalu menyebut ‘Subhanallah’, adakah sudah betul Mencucikan Allah itu sedangkan perbuatan2 yang dilakukan adalah bertentangan dengan puji2an kepadaNya itu? Sabda Nabi SAW dari Abu Hurairah RA “Allah mempunyai 99 nama. Siapa menghafalnya masuk syurga, dan sesungguhnya Allah Maha Tunggal, mencintai ketunggalannya” (Sahih Imam Muslim). Sudah tentu Nabi SAW bermaksud hafal itu ertinya mengatakan dan juga menyatakan kebesaran nama2 Allah itu disetiap segi dan aspek kehidupan. Jika sekadar hafal dimulut ianya adalah semata2 lagu yang tidak membawa sebarang pengertian apa lagi untuk dapat membawa kesyurga! Perhatikanlah; Allah Maha Tunggal dan mencintai ketunggalanNya, maka perlulah dinyatakan ketunggalan Allah itu bukan sekadar mengatakannya (menyanyikan) beratus2 kali!


“Hai orang2 yang beriman, taqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar” QS al Ahzab 33:70. Sesungguhnya mengatakan perkataan yang benar itu mestilah dilakukan apa yang benar itu barulah terbukti kebenaran apa yang dikatakan itu. Umpamanya mengatakan bersedekah itu adalah benar2 baik maka lakukanlah (laksanakanlah) sedekah itu bukan sekadar mengatakan sedekah itu baik tetapi tidak mahu melakukannya.


“Nescaya diperbaikiNya (diterima) amalan kamu dan diampunNya dosa mu. Barangsiapa yang mengikuti Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah menang dengan kemenangan yang besar” QS al Ahzab 33:71. Begitulah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Maka sebelum fikiran menjangkau lebih jauh kepada apa yang diperkatakan diatas sewajarnya lakukanlah penelitian dan periksalah (muhasabah) diri masing2 yang telah bersyahadah (dua kalimah), apakah sudah membuktikan bahawa sungguhkah ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah???’ Atau sekadar menyebut dimulut kemudian ngaku2 Islam? Kalimah syahadah merupakan asas dan merupakan satu perjanjian yang perlu persaksian bertasdik dihati, dituturkan dengan lisan dan kerja buatkan dengan perbuatan. Sesungguhnya pembicaraan bukanlah datang dari rasa2, ingat2, duga2 dengan ilmu dan akal fikiran namun adalah berlandaskan kalamullah yakni al Quran nulKareem.


Saban waktu hanya mahu menyeru dan mengajak agar manusia ini kembali kepada Allah dan Rasul melalui ayat2Nya semata. “Hendaklah ada diantara kamu ummat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar; mereka itulah yang menang” QS ali Imran 3:104. Golongan ummat yang menyeru kepada amal makruf nahi mungkar dibawah kepimpinan Pewaris Nabi adalah wajib untuk diikuti. Seruan dengan membacakan ayat2 dan keteranganNya, maka sahutlah seruan, datangilah untuk mengambil aku janji persaksian bagi menepati kehendak agar Islam ini adalah agama dari sisi Allah buat kamu. Islamlah agama mu, asal serah janji dahulu! Dengan itu marilah bersatu didalam satu jamaah, satu kepimpinan, satu kalimah dan satu Tuhan. Inilah penyatuan Ahli Sunnah WalJamaah. Pastilah Allah memberikan kemenangan dan kedudukan martabat yang tinggi didunia dan diakhirat. Amin, amin, amin ya muji basa ilin, yarobbalalamin.


*** Menyentuh tentang diri ana, bukanlan seorang Tuan Guru atau Ustaz yang mahu mengajarkan ilmu kepada sesiapa pun, jika ilmu ana pun hendak belajar dan ajarkanlah ana; apa lagi mahu mengukur keimanan dan ketaqwaan seseorang itu jauh sekali untuk menuduh seseorang itu didalam kesesatan dan kekufuran serta bukanlah atas dasar rasa2, duga2 mahu pun fikir2 ana; tidak adalah sebegitu melainkan hanya mengkalamkan kalamullah, al Quran nulKareem.


Maka pastilah ana berkepimpinankan kepada seorang Pemimpin yang hanya al Quran dibacakan bersama keterangan2Nya didalam satu jamaah yang menyeru dan mengajak seluruh manusia didunia ini bersatu dibawah satu kepimpinan yang sedemikian ini agar kembali kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, sambutlah seruan dan ajakkan ini, marilah bersama2 kami!!!


وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ وَمَآأَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا


QS al Israak 17:105 “Dengan kebenaran Kami turunkan al Quran dan dengan kebenaran ia turun. Kami tiada mengutus engkau melainkan untuk memberi khabar gembira dan khabar takut” Ana hanyalah menyampaikan perkhabaran gembira kepada mereka2 yang beriman dan sekadar satu peringatan kepada mereka2 yang engkar dan “Salamunqaulanmirrobirrohhim - Sambutlah salam (selamat sejahtera) dari Tuhan yang Maha Penyayang” QS Yassin 36:58.


Sekian, Wassalam dari ana; ayahIssa ***

Sabtu, 9 Januari 2010

KISAH BENAR SIRI VI - Menghina Mahkamah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

(Kembali menyorot KISAH BENAR sebanyak lima siri keluaran November 2009 yang lalu, terasa terpanggil semula bagi menyambung kisah tersebut. Kebarangkalian untuk bersambung terus dimasa akan datang tidaklah diketahui, namun berikut adalah Siri ke VI)


Sehingga tanggal hari tulisan ini dipostingkan, keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri yang memihak kepada ana dan Ikhwan didalam perbicaraan pada 5 Oktober 2009 yang berkeputusan menggugurkan dakwaan, OKT dilepaskan dengan bebas, wang jaminan dikembalikan dan barangan yang disita antaranya 8 naskah al Quran Terjemahan dipulangkan kepada kami sebenarnya telah tidak terima baik oleh pihak Jabatan Agama Islam yang membuat serbuan dan tangkapan pada 15 November 2008 tempuhari.


Seperti yang dimaklumkan, undang2 dan hukuman ciptaan manusia pasti tidak sesempurnanya hukum Allah SWT yang telah diturunkan olehNya sebagai wahyu melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan sebagai panduan dan landasan kehidupan manusia diatas muka bumi ini. Sesungguhnya undang2 ciptaan manusia adalah bersifat keduniaan semata2, diujudkan untuk kepentingan sesetengah pihak, malah terdapat unsur penganiayaan dan penindasan sesama manusia itu sendiri. Paling mendukacitakan undang2 seumpama baru2 ini telah terbukti tidak mampu mempertahankan hanya sekadar nama Tuhan mereka, yang kononnya mereka sembah! Sudahkah mengenal Allah, atau sekadar mengada2kan Tuhan lalu disembah dan menamakan Tuhan itu Allah, bahkan mengada2kan iman dan taqwa kepada Allah. Sudah tentu golongan2 ini adalah semata mengikut2, Islam celup2an dan yang disebut Islam baka (keturunan).


Sayugia diingatkan satu perkara didalam Perlembagaan Negara iaitu ‘Islam Agama Rasmi Negara’, bukanlah sebagai pengiktirafan bahawa negara ini sebuah Negara Islam seperti yang digembar gemburkan selalunya didalam negara mahu pun keseluruh pelusuk dunia! Memadai diiktiraf sebagai Islam kerana perlembagaan tersebut dan diujudkan sebuah jabatan yang disebut Jabatan Agama Islam, diberi tugas bagi memertabatkan imej dan maruah Islam, bertugas mengembangkan syiar tetapi berlandaskan perundangan dan hukum2 yang dicipta oleh manusia. Perlembagaan Islam yang digubal Allah SWT iaitu al Quran nulKareem hanya dijadikan bacaan dimajlis2 tertentu malahan diberi hadiah lumayan kepada sesiapa yang melagukan dengan kelunakan suara merdunya. Sesorang itu sudah Islam dengan adanya senaskah al Quran didalam almari yang berkunci dirumahnya atau dipejabatnya!


Huraian diatas sebenarnya satu tempelak kepada pihak Jabatan Agama Islam kerana keputusan YA Mahkamah Tinggi Syariah kepada kami tempuhari telah tidak diendahkan oleh mereka sendiri. Mereka sendiri engkar dan khianat kepada undang2 cipataan mereka sendiri!!! Sehingga sekarang kami bagaikan penagih kasihan dan simpati agar keputusan YA Hakim segeralah diterima pakai oleh mereka !Kisah selanjutnya begini, kunjungan Ikhwan, Hj Nay (salah seorang OKT!) dan abang Rosz kepejabat Jabatan Agama Islam, Bahagian Penguatkuasa bersama dengan keputusan mahkamah hanya dipandang oleh mereka umpama kertas surat khabar lama. “Ini urusan kamu dengan mahkamah, dengan kami tak selesai lagi!”, demikian jawab pegawai jabatan tersebut. “Hoi!, mari tengok jab surat ni”, pegawai tersebut memanggil seorang rakan setugasnya. “Tinggu japlah, Siti tengah nyanyi ni!” Rakannya menjawab sambil sedang ashyik nonton tv; ada tv digantung didinding pejabat Jabatan Agama Islam, rupa2nya! Mungkinlah ini yang dinamakan konsep bekerja sambil berhibur! Untuk makluman, pegawai besar berada outsatation hari itu.


Entah hari yang keberapa, melalui kunjungan beberapa orang Ikhwan kepejabat Jabatan Agama Islam tersebut, kali ini langsung sahaja ke Bahagian Pendakwaan kerana ini adalah urusan berkaitan mahkamah namun telah diarahkan pula kedatangan kami mestilah bersama dengan peguam kami untuk menyelesaikan apa yang telah diputuskan mahkamah. Setting date dengan peguam, maka pagi kelmarin, 7 Januari 2010 berkunjunglah kami termasuk ana bersama peguam untuk membuat tuntutan seperti yang diarahkan. Sekali lagi, bagai dipermainkan sahaja oleh mereka; urusan tidak boleh diselesaikan kerana Pegawai Pendakwa berada diluar kawasan, surat dan borang2 yang berkaitan juga tidak dapat diisi kerana berada ditangannya. Berkunjung lagi disebelah petangnya (tanpa peguam), Pegawai Pendakwa pula sedang meeting dan beliau berjanji akan terima kunjungan esuk jam 1130 tengahari!


Berkunjung lagi kami bersama peguam pada tengahari semalam, 8 Januari 2010 dengan harapan urusan dapat dibereskan. Dapatlah kami bertemu dengan Pegawai Pendakwa itu dan berbincang tetapi urusan tidak juga dapat dibereskan kerana barangan tuntutan kami sebenarnya belum sampai kemeja beliau! Barang2 tuntutan termasuk naskah al Quran masih berada ditangan Bahagian Penguatkuasa dan Siasatan! Beliau mendakwa surat arahan untuk membuat penyerahan telah dihantar kebahagian tersebut tetapi belum mendapat tindakbalas! Susah sangat bagi bahagian2 didalam satu jabatan untuk berurusan? Pelik lagi ajaib. Adalah terdengar sekadar cakap2, bahawa Bahagian Penguatkuasa tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tempuhari.


Almaklumlah, susah payah gerak gempur mereka yang bagaikan satu kejayaan besar untuk menaikkan emej mereka sebagai penjaga agama sebenarnya berlaku sebaliknya. Malulah mereka sebagai Penguatkuasa Undang2 bagai telah melakukan kesilapan kerana kelalaian dan ego mereka sendiri. Sebenarnya bukan ini yang mahu dipertikaikan tetapi kami meyakini bahawa Allah menurunkan al Furqan itu membawa maksudNya yang sebenar bahawa al Quran itu adalah yang membezakan antara yang haq dengan yang bathil! Sebagai Penguakuasa undang2 dan hukuman manusia dijadikan landasan dan dengan mahkamah dijadikan lambang keadilan tertinggi namun mereka sendiri yang engkar dan tidak mentaati apa2 keputusan yang tidak memihak kepada mereka!


Tidakkah mereka menyedari kesilapan diri sendiri? Kami mengakui dan amat meyakini bahawa Allah pasti menjamin keselamatan dan memberikan kemenangan kepada yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Sesiapa yang berjihad kejalan Allah bersama Rasul dengan ayat2 kalam Tuhan pastilah tidak ada sesiapa pun yang boleh mendatangkan kemudharatan kepadanya. Guna pakailah undang2 ciptaan sendiri, gunakanlah kuasa dan kekayaan yang kamu miliki untuk melakukan penghinaan dan penindasan kepada mereka2 yang beriman dan bertaqwa kepadaNya namun Allah akan memberikan perlindungan kerana hanya dia tempat berlindung. Bagi ana dan seluruh Ikhwan ini adalah semata2 ujian dan cubaan dari Allah SWT dalam perjuangan jihad menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Allah dan RasulNya dengan membacakan al Quran dan keterangan2nya.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لاَيُفْتَنُونَ


“Adakah manusia itu menjangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum mendapat cubaan (ujian)? QS al ‘Ankabuut 29:2


Seterusnya, berapa lama lagi tempuh yang diperlukan untuk pihak Jabatan Agama Islam dapat membuat penyelesaian urusan ini. Ingatlah, apa yang kami tuntut itu sebenarnya adalah naskah al Quran nulKareem, ayat2 Tuhan kalamullah. Apakah yang dimaksudkan dengan tindakan pihak berwajib ini; adakah mahu menghapuskan ayat2 Allah atau menghalang manusia membaca al Quran dan mengambil pengajaran2Nya atau mereka mahu membacanya sendiri? Sesungguhnya al Quran itu berada didada2 orang2 yang hanya beriman dan bertaqwa kepadaNya!


Mungkin barangkali boleh diambil tindakan dimahkamah kerana Jabatan Agama Islam telah engakar perintah mahkamah. Jabatan Agama Islam telah menghina mahkamah? Tunggu………

Sekian, Wassalam

Selasa, 5 Januari 2010

ANDA SUDAH TAUBAT???


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”


Apabila memperkatakan tentang haram, selalu menerjah kotak pemikiran ialah perkara yang bersangkutan dengan makan dan minum. Namun jika berkaitan tentang makan dan minum, sebenarnya masih terdapat pengecualian lantaran darurat atau terpaksa serta masih mendapat keampunan dari Allah dan terhindar dari siksaan yang pedih. Pembicaraan untuk kali ini adalah sesuatu perkara yang haram dilakukan oleh manusia samada dengan daya usahanya maupun dengan lidahnya iaitu menghalang manusia kepada jalan yang lurus oleh mereka yang kononnya mengagungkan Allah tetapi pada dasarnya mereka sebenranya membatasi kekuasaan Tuhan.


Sesungguhnya Allah menghendakki agar manusia yang menyeru kepada jalan jang lurus itu mendapat pelajaran dan pengajaran dan mereka yang menghalang dan menentang kepada seruan tersebut hendaklah segera bertaubat seperti tatacara Allah yang difirmankanNya didalam al Quran. Taubatlah diatas perinsip keimanan dan ketaqwaan diatas perintah Allah, bertaubat ketika Allah memerintahkan bertaubat.


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللهُ غَفُورُُ رَّحِيمُُ {31} قُلْ أَطِيعُوا اللهَ وَالرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْكَافِرِينَ {32}


(31) “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (32) “ Katakanlah: Ikutlah Allah dan Rasul, jika kamu berpaling (tidak hendak mengikut), sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang2 kafir” QS Ali Imran 3:31&32


يَاقَوْمَنَآ أَجِيبُوا دَاعِيَ اللهِ وَءَامِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُم

مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ


“Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepadaNya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih” QS al Ahqaf 46:31


Manusia2 yang beriman kepada kitab dan bertaqwa pastilah menuruti perintah dan arahan Allah SWT untuk menyeru dan mengajak manusia lain agar kembali kepada Allah dan Rasul. Melalui lisannya hanya membacakan al Quran dengan pelajaran dan pengajaran agar manusia beriman dan bertaqwa kepada Tuhan. Golongan inilah yang disebut Nabi SAW sebagai alulama warissatu anbiy’a - ulama itu pewaris Nabi.


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dengan maaruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar dan mereka itulah yang menang” QS Ali Imran 3:104


Bila mereka mahu beriman kepada yang menyeru dengan mengikuti penyeru, maka mereka itulah orang yang mendapatkan ampunan dari Allah, itulah yang dinamakan sebenar2nya taubat. Taubat yang berlandaskan ketaqwaan, taubat yang dikeranakan menjalankan perintah Allah, yang perintah itu sama wajibnya dengan perintah sholat dan perintah rukun fardhu yang lainnya.


Sebaliknya, barangsiapa yang menolak seruan Allah melalui kalam2Nya sudah tentulah segala kerja buat dan amal tidak diterima oleh Allah. Taubat yang dikehendaki Allah SWT bukanlah sekadar tidak akan mengulangi satu2 kesalahan mahupun kejahatan tetapi adalah menuruti segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya dengan berlandaskan keimanan dan ketaqwaan. Taubat itu adalah membawa pengertian kembali kepada Islam keseluruhan (kaffah).


Taubat bukanlah apabila menyesal melakukan satu kesalahan maka berhenti dari melakukannya, kemudian berbuat satu kesalahan lain selepas itu menyesal dan berhenti pula melakukannya, bagaikan satu permainan yakni silap satu; menyesal dan taubat! Apalagi apabila mendatangkan masalah kepadanya segera sahaja menyebut taubat, tetapi kalau menguntungkan pribadinya akan terus dilakukan walaupun jelas perkara itu salah daripada sisi Tuhan.


الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا


”(Yaitu) 0rang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya” QS al Kahfi 18:104


Menyeru dan mengajak kepada Allah dan Rasul dengan membacakan al Quran dan keterangannya adalah seruan kepada taubat. Pembertahuan khabar gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar dengan ayat2 kalam Allah tuntutanNya untuk diteruskan.sampai bila2. Oleh yang sedemikian, marilah bersama KHALIFAHhimpass seterusnya menyeru dan mengajak manusia kepada Allah dan Rasul dengan penuh keimanan dan kertaqwaan. Seruan dan ajakkan Nabi SAW dengan membawa risalah tauhid (al Quran) yang diturunkan oleh Allah sebagai wahyuNya lalu diwasiatkan kepada pewaris2 Rasulullah (para sahabat dan khalifah terdahulu) kemudian diwasiatkan kepada pewaris2 berikutnya; kepada ulama dan pemimpin sehinggalah telah sampai kepada zaman ini sekarang. Susur galur, sanadnya pasti sampai kepada Nabi; inilah ulama pewaris Nabi (warissatul anbiy’a) Merekalah utusan2 Allah sebagai penyambung risalahNya.


Berikutan itu, sudah dimaklumkan pemimpin itu telah datang sekarang. Pembicaraannya tiada yang selain dari ayat2 Allah, sentiasa membacakan al Quran dan keterangan2 yang jelas dan nyata untuk diambil perhatian semua manusia. Sesuatu penyatan yang bersifat penentangan dan menghalang dari sesiapa pun juga adalah telah bersikap membatasi kekuasaan Tuhan, Menghalangi ulama pewaris Nabi yang ianya juga termasuk golongan yang ummi dalam menyampaikan wahyu yang telah diwariskan kepadanya dari para pewaris2 wahyu pendahulunya. Ulama pewaris Nabi adalah pemimpin dan wajib menjadi ikutan bagi orang yang mahu beriman kepada Allah dan Rasul melalui al Quran dan keterangan2nya. Sekiranya terdapat dimana juga pemimpin yang seumpama itu, maka tiadalah dua mereka itu melainkan satu jua. Sekiranya ada pastilah menyeru dan mengajak manusia kepada Allah dan Rasul dengan hanya mengkalamkan kalam Tuhan. Penjiddalan (Penentangan) oleh manusia kepada pemimpin seumpama adalah telah melakukan suatu yang haram disisi Allah SWT, jika pun mereka itu tinggi ilmu pengajian agamanya dengan sijil dan ijazah berjela panjang, dipanggil ulama, mufti. kiyai, tuan guru, ustaz dan sebagainya. Ulama pewaris Nabi tidak pernah malahan tidak akan bersekongkol perkara maksiat dengan menyembunyikan kebenaran2 ayat2 Tuhan.


Ilmu Allah meliputi segala sesuatu, dan Allah mendatangkan Rasulnya dari berbagai golongan, ada seorang yang dipandang sebagai anak pungut, ada yang dipandang sebagai anak buangan, narapidana , ummi, anak yatim piatu atau dipandang sebagai anak haram ada juga berasal dari golongan yang dipandang tinggi atau seorang raja, dari golongan ahli kitab atai cendikiawan dan juga ada yang dari golongan penderita penyakit yang membuat orang tidak ingin mendekati apalagi mengikutinya; dari berbagai golongan itu,


Allah menurunkan petunjukNya sesuai dengan tingkatan pemikiran atau cara pandang berfikirnya seseorang itu. Sesungguhnya manusia itu diberikan kelebihan oleh Allah dengan akal yang waras, oleh itu mengapa tidak mahu berfikir dengan al Quran dan keterangan yang disampaikan. Akal yang waras ialah yang dipimpin dan dibimbing oleh al Quran! Tiada kata2 yang sebenar2nya benar hanyalah kalam Tuhan. Mari kembali kepada perintah dan tuntutan Allah yang Maha Pengampun. Bertaubatlah dalam erti yang sebenar2nya iaitu dengan iman dan taqwa kepadaNya. Allah mengecap seburuk2 manusia itu ialah tidak mahu mendengar, menuturkan dan memahami kebenaran al Quran yang dibacakan kepadanya kerana tidak mahu menggunakan akal fikiran yang dianugerahkanNya. MENGAPA MANUSIA MASIH TIDAK MAHU BERFIKIR?


إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِندَ اللهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لاَيَعْقِلُونَ

”Sesungguhnya sejahat2 yang melata (dimuka bumi) disisi Allah ialah orang2 yang pekak dan bisu, mereka tiada memikirkan apa2 pun” QS al Anfal 8:22.


JIKA KAMU PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN KEDATANGANNYA OLEH ALLAH DENGAN MEMBACAKAN AL QURAN DAN KETERANGANNYA, MAKA SERULAH DAN AJAKLAH SEMUA MANUSIA KEPADA ALLAH DAN RASUL, KAMI JUGA AKAN IKUT BERSAMA MU, JIKA BUKANLAH KAMU PEMIMPIN ITU MAKA IKUTLAH KAMI, SAHUTLAH SERUAN KAMI…KHALIFAHhimpass

Sekian

wassalamu’alaikum warohmatullahhiwabarokatuh.



*** Salam dan Terima Kasih buat Ikhwan Rahmat Syawal dan Hariyanto27 ***

Ahad, 3 Januari 2010

ALLAH, Tuhan Semesta Alam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” QS al Fatihah 1:1


Allah adalah Tuhan, segala ciptaanNya adalah seluruh alam semesta ini.. Maka segala puji hanya pada Allah, Tuhan bagi seluruh alam semesta. Sesungguhnya apa sahaja ciptaan Allah adalah alam samada ianya dipanggil manusia, langit, bumi, pohon2 malahan apa sahaja termasuk haiwan dan binatang. Keujudan2 yang seumpama itu adalah semata2 dijadikan oleh Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Pencipta mengikut kehendakNya jua.


سَبَّحَ للهِ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي اْلأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Telah bertasbih kepada Allah apa2 yang dilangit dan apa2 yang dibumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” QS ash- Shaf 61:1


يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي اْلأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

“Bertasbih kepada Allah apa2 yang dilangit dan apa yang dibumi, yang Maharaja, Maha Suci, Maha Perkasa dan Maha bijaksana” QS al Jumu’ah 62:1


Demikianlah Allah berfirman mengatakan bahawa apa yang dilangit dan dibumi bertasbih memuji kepadaNya. Sesungguhnya hanya Allah Tuhan bagi seluruh alam semesta ini tanpa mengira siapa, dimana dan bagaimana hal bentuk dan kedudukannya disetiap ketika. Seperti firman Allah diatas yakni lembu, burung, ikan, awan, laut, gunung dan sebagainya bertasbih memuji Allah SWT adalah dengan ketentuanNya jua namun manusia yang diberikan kelebihan akal sesungguhnya bodoh dan sombong menyebut nama Allah sebagai Tuhannya tanpa mengenaliNya. Allah sendiri telah menggarapkan didalam firmanNya, QS Yusuf 12:40, mafhumnya “Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama2 yang kamu dan nenek moyang mu membuat2nya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama2 itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, kebanyakan kamu tidak mengetahui”


Persoalan sekarang, mengapa manusia itu sendiri menjadikan nama Allah adalah milik eksklusif puak mereka sahaja sedangkan Allah adalah Tuhan seru sekelian alam? Paling mendukacitakan yang dipertahankan hanyalah sekadar nama dari banyak2 nama Tuhan malahan tidak pernah langsung mahu mengenal Tuhan itu, apalagi mahu mengikuti suruhan dan meninggalkan laranganNya. Memadaikah sekadar memperkatakan berTuhankan Allah sedangkan tidak mengimaniNya? Cukupkah sekadar bersepanduk dan menjerit2kan ALLAHHUAKBAR sedangkan tidak pernah membesarkanNya? Nampak bersungguh2 mempertahankan nama Allah sedangkan perundangan dan hukum2Nya tidak dipraktikkan didalam kehidupan? Tidakkah disedari perundangan dan hukum2 yang telah digunapakai telah tidak mempertahankan Tuhan, walau sekadar namaNya? Bukankah manusia2 yang mengatakan Allah itu Tuhan mereka sedangkan memakai guna perundangan dan hukum ciptaan mereka sendiri yang langsung tidak berupaya mempertahankan nama Tuhan sendiri?


Rencana ini sebenarnya menyentuh isu hangat (dihangat2kan?) diMalaysia hari ini, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan pihak gereja khatolik menggunakan nama ALLAH didalam penerbitan mingguannya Herald The Catholic Weekly mendapat tentangan hebat dari rakyat Melayu-Islam melalui NGO dan tokoh2 agama dan politik terkenal melalui tulisan dan protes beramai2 bersepanduk dan jeritan yang nampaknya begitu bersungguh2 namun langsung tidak menampakkan keIslamikannya! Antaranya adalah seperti berikut:-


Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak – ‘kerana perpecahan Melayu hari ini menyebabkan pihak selain Islam mengambil kesempatan bagi mengelirukan umat Islam’


Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua Ulama Malaysia (PUM) – ‘Kalimah Allah eksklusif untuk Islam’


Mohd Jurit Ramli, Setiausaha, Gabungan NGO Malaysia‘Rujuk hal ehwal Islam kepada raja Melayu’


YB Zulkifli Noordin – ‘Majlis fatwa perlu segera bertindak’ ‘Nama Allah hanya milik mutlak Allah’


KJ, Ketua Pemuda UMNO – ‘Meminta rakyat bertenang, kerana keputusan mahkamah itu masih tertakluk dipengadilan lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan dan Persekutuan’


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri – ‘Akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu’


Tun Mahathir Mohamad – ‘God adalah Tuhan, bukan Allah’


DYMM Agong, Sultan2 dan Raja2 Melayu - ………..tiada sebarang komen, barangkali menunggu memerandum2?


Memang manusia suka bercakap ikut sedap mulut malah merasakan dialah sahaja yang pandai dan betul kerana ilmu pelajaran maupun kerana kedudukan jawatannya yang besar. Seorang mufti yang terkenal jelas selalu menyokong satu pihak didalam isu politik masih terus mahu berbicara stail politik Malaysia hari ini! Ulama2 selaku pewaris Nabi mestilah berbicara sebagai penyambung risalah Rasulullah yang bersifat universal dan global. Maka apa lagi orang2 politik sudah tentu mengambil peluang dari isu tersebut dengan mempolitikkanya. Seorang dua menteri jelas menyebut perpaduan antara kaum yang kononnya begitu harmonis selama ini dibawah pemerintahan partinya akan rosak dan terjejas teruk kalau isu diperbesarkan. Mereka2 masih percaya dan mempertahankan perlembagaan negara dan sistem perundangan ciptaan manusia mampu mempertahankan agama dan Tuhannya. Rakyat dinasihat agar tidak sampai menghina mahkamah dengan keputusan yang telah dibuat. Seterusnya mereka mengharapkan pula sultan dan raja yang selama ini tidur lena tiba2 bangun dalam keadaan terpinga2! Kelihatan semua mahu jadi jaguh dan juara!


Namun diatas kelalaian maupun lantaran kebodohan hanyalah manusia yang diberikan kelebihan akal fikiran oleh Allah, mereka menjadi terkeliru dan tertipu oleh hasutan iblis dan syaitan sehingga telah tidak berbuat tuntutanNya dan menjadi engkar kepada Tuhannya. Mereka menjadi sedemikian apabila tidak menjadikan tuntutan Allah melalui ayat2Nya yakni al Quran nulKareem sebagai landasan kehidupan didunia ini. Mahu bicara tentang Islam tetapi sudah sungguhkah keIslaman masing2 jika tidak membaca al Quran dan pengajarannya untuk dijadikan perundangan dan perlembagaan kehidupan? Bayangkan bagaimana dan apakah yang terjadi jika manusia dapat mendengar makhluk2 Allah yang lain itu (apa2 sahaja yang dilangit dan dibumi) bertasbih memuji Tuhan dengan menyebut Allah? Sudah tentu manusia menjadi lebih sombong dengan kebodohan mereka.


Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi SAW dengan Quraish Mekah, seperti berikut:-


“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi SAW Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi SAW : Barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)” Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi SAW menerima bantahan tersebut, ternyata mereka menggunakan nama Allah.. Orang Melayu sudah sekian lama menerima yang seumpama apabila orang India dan Cina Malaysia selalu menyebut Tuhan Allah. Sesungguhnya perbezaan Tuhan Allah bagi mereka dan Allah Tuhan kepada orang2 Islam adalah dengan iman dan ketaqwaan kepadaNya.


قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ {1} لآَأَعْبُدُ مَاتَعْبُدُونَ {2} وَلآَأَنتُمْ عَابِدُونَ مَآأَعْبُدُ {3} وَلآَأَنَا عَابِدُُ مَّاعَبَدتُّمْ {4} وَلآَأَنتُمْ عَابِدُونَ مَآأَعْبُدُ {5} لَكُمْ

دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ {6}


  1. “Katakanlah: Hai orang2 kafir
  2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
  3. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah
  4. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah
  5. Dan kamu tidak pernah pula menyembah apa yang aku sembah
  6. Bagi kamu agama mu dan bagi ku agama ku” QS al Kafirun 109

Sesungguhnya pasti akan berlaku kekeliruan kepada umat Islam apa lagi kepada golongan muda dan genarasi akan datang lantaran isu mahkamah ini tetapi ini adalah kerana hasil cipta golongan manusia2 yang sebenarnya menolak perundangan dan hukum2 Allah yang telah digarapkan didalam al Quran oleh Allah SWT. Hanya dengan jalan kembali kepada wahyu2Nya akan mengembalikan maruah Islam dan umatnya. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahulukan akal dan fikirannya didalam mengambil sebarang tindakkan, sebaliknya hanya berpandukan kepada tuntutan Allah melalui firman2Nya. Bacalah al Quran dan ambil pengajaran2 dan petunjukNya bagi mencapai kemenagan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Tuhan. Sekadar ngaku2 Islam hanyalah membawa kemunduran dan kemudharatan, imej dan maruah Islam akan tercemar dan akan terus diperolok2kan oleh musuh2.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَالاَتَفْعَلُونَ {2} كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللهِ أَن تَقُولُوا مَالاَتَفْعَلُونَ {3}


“Hai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat” QS al-Shaf 61:2&3. KHALIFAHhimpass akan beterusan menyeru dan mengajak manusia agar bersatu dibawah kepimpinan yang membacakan al Quran dengan pengajaran2nya sebagai bertita gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Penyelesaian permasalahan segala isu itu hanya dengan kembalilah kepada kalam2 Allah SWT. Fazakkirinnamaantamuzakkir.


Amin, amin, amin ya muji basa ilin walhaldulillahirobilalamin. Wassalam