IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 16 September 2009

TANGGAL 17 RAMADHAN

Salam

Tanggal 17 Ramadhan dikebanyakkan negara Islam (ngaku) adalah hari cuti umum. Ini membolehkan beristirehat bersama keluarga atau tidur sepanjang hari atau buatlah sesuatu yang lain dari kerja sehari hari yang biasanya. Sengaja catatan ini dibuat untuk siaran selepas tarikh tersebut kerana mahu melalui hari tersebut secara aktual ditengah masyarakat Islam (ngaku) ini. Namun bukan mudah untuk memperkatakan apa yang sebenarnya mahu disentuh disini.

Tanggal 17 Ramadhan ini terdapat dua peristiwa penting dalam sejarah Islam dan sewajarnyalah umat Islam mengambil tahu secara mendalam akan peristiwa tersebut dan bukanlah semata mata sekadar bercuti. Namun percayalah terdapat umat Islam (ngaku) langsung tidak mengetahui apakah peristiwa itu. Umat Islam (ngaku) hari ini menjadikan dua peristiwa tersebut hanya sebagai adat tradisi dari nenek moyang tanpa mengambil iktibar dan keberkesanan peristiwa berkenaan didalam kehidupan.

Tanggal 17 Ramadhan adalah tarikh kebesaran Islam dengan berlakunya dua peristiwa yang membawa maksud sungguh besar kepada keseluruhan alam semesta beserta segala isinya ditujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Sesungguhnya Allah berkehendakkan sedemikian.

Tanggal 17 Ramadhan berlaku peritiwa turunnya al Quran yang lebih dikenali sebagai Nuzul Quran. Allah SWT menurunkan al Quran kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril as sebagai khabar gembira kepada yang mahu beriman dan peringatan kepada yang ingkar. Mafhun surah al Furqan 25:1-2 " Maha suci Allah yang telah menurunkan al Furqan (al Quran) kepada hambaNya, agar dia memberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia. Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan tiada mempunyai anak dan tidak ada bagiNya sekutu dalam kerajaaNya dan Dia menjadikan tiap tiap sesuatu, lalu mengaturnya menurut aturan terntentu "

Tanggal 17 Ramadhan ini diturunkan al Quran yang diwajibkan untuk semua umat Islam membaca, mentelaah dan memahaminya bagi diamalkan suruhan perintah dan meninggalkan larangan Allah didalam kehidupan seharian. Sesungguhnya al Quran diturunkan sebagai panduan yang menyelamatkan umat manusia dan isi alam ini dari kesesatan dan kebinasaan didunia dan diakhirat.

Tanggal 17 Ramadhan dengan turunya al Quran seharusnya Umat Islam mengambil kesempatan kemulian bulannya untuk membetulkan diri, keluarga, masyarakat dan negara menjadi tulen hakiki keIslamannya. Allah menurunkan al Quran dengan peraturan kehidupan yang wajib dipatuhi keseluruhannya bagi mengelakkan dari terjerumus kelembah kehinaan. Manusia mencampakkan diri kelembah kebinasaan sekiranya tidak mengamalkan Islam sepenuhnya sebagaimana yang disarankan al Quran. Golongan yang menjadikan al Quran dengan mengambil sebahagian sahaja seperti ibadat ibadat khusus, hukum hakam yang besesuaian dengan kepentingan dan mengenepikan sebahagian yang lain sesungguhnya adalah terang terangan telah terkeluar dari agama Islam itu dengan sendirinya. Surah al Baqarah 2:208 mafhumnya " Hai orang orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata "

Tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah berlaku peritiwa besar kedua dan penting dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar al Qubra. Perperangan ini boleh dikatakan penentu kepada tegakknya Islam dan bersinarnya syiar Islam hingga keakhir zaman. Kemenangan didalam perperangan Badar ini merupakan peristiwa perdana kepada Islam, dimana dengan jumlah tentera musuh yang tiga kali ganda bilangannya, diwaktu tentera Islam pula sedang berpuasa mampu ditewaskan dengan kesatuan dan kesepaduan berlandaskan keimanan kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya benarlah janji kemenangan dan pertolongan Allah kepada yang beriman dan berjihad dijalanNya.

Tanggal 17 Ramadhan berlaku perperangan Badar dan diperolehi pula dengan kemenangan yang besar kepada Islam namun akan bermulalah perperangan yang lebih besar. Rasullullah menyebut perperangan lebih besar itu ialah perperangan melawan hawa nafsu! Mengalahkan hawa nafsu pasti membolehkan-memperolehi kemenangan perperangan bersenjata dimedan perang! Umat Islam sewajarnya menghayati iktibar perperangan Badar al Qubra bagi mempertingkatkan semangat jihad bagi menegakkan Islam pada diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya. Oleh itu berjihadlah dengn al Quran-tidak ada jihad jika tidak dengan al Quran! Kepada semua umat Islam, marilah mulakan episod baru kehidupan ini dengan berajin membaca, mentelaah, memahami-beriman dan beramal dengan al Quran. Kemuncak daripadanya ialah sampaikanlah al Quran itu yakni khabarkan berita gembira kepada yang mahu beriman dan berilah peringatan kepada yang engkar. Surah al Ankabuut 29:49 mafhumnya " Sebenarnya al Quran itu adalah ayat ayat nyata didalam dada orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat ayat Kami kecuali orang orang yang zalim "

Tanggal 17 Ramadhan dengan dua peristiwa besar dan penting dalam Islam ini akan merangkum kejayaan dan kemenangan mutlak kepada Islam dan umatnya. Peritiwa penting ini disebut didalam al Quran sebagai 'Yaumul Furqan' yakni bermaksud dan 'Hari Pemisahan di Antara Haq dan Batil' Allah pasti meletakkan kemartabatan tertinggi kepada Islam. Surah al Kahfi 18:1-2 " Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hambaNya al kitab (al Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokkan didalamnya (penyimpangan dari kebenaran) Ia sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah dan memberi berita kepada orang orang yang beriman, mengerjakan amalan soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik "

Tanggal 17 Ramadhan tinggal sudah dan ianya telah berlalu pergi namun tanggal 17 Ramadhan ditahun akan datang, InsyaAllah akan muncul semula. Kepada umat Islam (ngaku) sambutlah seruan ini bagi membuat pembetulan Iman dan Islam kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya! Usah dan janganlah lagi tanggal 17 Ramadhan itu seperti yang sudah sudah tanpa sebarang ertinya dalam kehidupan ini melainkan cuti!

KHALIFAHhimpass : " FAZAKKIR INNAMA ANTA MUZAKKIR - Maka berilah mereka peringatan, engkau hanyalah pemberi peringatan" Q.S al Ghaasyiyah 88:21

Wassalam